Monday, April 18, 2016

PROFIL SEKOLAH

PROFIL SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru 2 merupakan sekolah rendah kedua yang dibina bagi menampung keperluan penduduk Taman Skudai Baru dan kawasan sekitarnya yang bertambah dengan pesat. Sekolah ini didirikan di atas tapak seluas 3.91 ekar dan terletak di Jalan Hang Kasturi 21. Jaraknya dari Bandaraya Johor Bahru ialah kira-kira 25 kilometer.

Sekolah ini telah siap dibina pada 05 Mac 2002 tetapi hanya mula beroperasi pada 05 Januari 2004. Majlis pelancaran pendaftaran murid dan taklimat persekolahan telah diadakan pada 16 Disember 2003 dan perasmian pengoperasiannya pula pada 12 Januari 2004.

Pada awal pembukaan sekolah telah dibekalkan dengan 13 orang tenaga pengajar dan kemudiannya bertambah sehingga 19 orang. Sekolah ini juga telah dibekalkan khidmat 5 orang pekerja swasta yang bertanggungjawab merawat kebersihan persekitaran kawasan sekolah dan bangunan. Guru Besar pertama sekolah ini adalah Hjh Salmah Bt Zainal.

Pada awal pendaftaran, seramai 265 orang murid telah didatangkan dari tiga buah sekolah yang berhampiran iaitu SK Taman Skudai Baru, SK Taman Damai Jaya dan SK Taman Selesa Jaya. Bilangan itu bertambah sehingga mencecah 292 orang pada akhir tahun. Bilangan kelas yang dibuka sebanyak 10 buah dari tahun 1 hingga tahun 5 dengan 2 kelas bagi setiap aliran. Sehingga kini jumlah murid yang mendaftar dan belajar disekolah ini menjangkau kepada 360 orang murid yang dibahagikan kepada 12 kelas dari tahun 1 hingga tahun 6.

Dari segi prasarananya, sekolah ini mempunyai 30 bilik darjah dan dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Pendidikan Seni, Bilik Muzik, Bilik Buku Teks, Bilik Bimbingan & Kaunseling, Bilik Komputer, Bilik Peperiksaan, Kedai Buku Surau, Kantin, Bilik Guru, Bilik Sukan, Bilik Persalinan dan juga Pejabat.

Taraf kehidupan penduduk sekitar sekolah ini adalah terdiri daripada golongan sederhana. Mereka terdiri daripada pekerja swasta, perindustrian dan kakitangan kerajaan. Masyarakat setempat terdiri daripada pelbagai kaum dan mengamalkan pelabagai budaya dan agama.


SENARAI GURU BESAR




1.2004 - 2006       :Cik Hjh Salmah Bt Zainal
2.2006  -2007       :Pn Hjh Rohani Bt Kamarudin
3.2007 - 2008       :Pn Hjh Rokiah Bt Jamil
4.2008 - Sekarang En Tay Tong Aik




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...